Friday, May 18, 2012
sekian lama
Thursday, April 16, 2009
Ready or Not
Masanya kian hampir... hatiku tertanya2.. apakah kta sudah bersedia melangkah ke alam yg baru, dunia yg indah tp penuh dgn pancaroba, perkongsian 2 jiwa..
Sayangku, bersediakah abang untuk lalui perjalanan berliku yg penuh onak dan duri bersamaku.. hakikat sebuah perkahwinan memang menyeronokkan.. terlalu banyak bayangan detik2 istimewa yg indah berlegar d fikiran.. tp sayangku dlm hidup bukan setiap hari kta akan bergembira.. perasaan seorg insan ada pasang surutnya.. sudikah kiranya dirimu temani aku d saat aku kesepian, mengelap dukaku d saat aku kepiluan, menenangkan aku d saat aku kegelisahan, menghiburkan aku d saat aku kesedihan, bergelak tawa bersamaku saat ku gembira.. apakah kta berdua mampu hadapi liku2 hidup ini semudahnya kita melafazkan janji.. apakah mampu kta bersabar dengan kerenah pasangan.. perkongsian hidup yg panjang pasti cukup utk menguji kesabaran tiap insan.. mampukah utk kta tepis tiap dugaan yg datang.. diriku seorg wanita yg cukup lemah, acapkali bermain dgn perasaan sendiri.. aku bimbang kekadang sikapku yg sering kali melampaui batas kesabaranmu bisa melunturkan kasihmu terhadapku.. sayang, bisakah diri mu tegar seperti hari ini untuk tempuhi hari2 mendatang bersamaku..
Sayang, diriku bukan wanita sempurna.. aku jua punya kelemahan dan kekurangan.. bersediakah abg utk trima diriku seadanya.. bersediakah abg untuk melengkapi kekurangan diriku.. setiap insan mengimpikan sesuatu yg terlalu sempurna tp hakikatnya x de 1 pun yg sempurna.. keiklasan, bersedia, redha adalah kekuatan utk atasi tiap kelemahan.. hari ini abg melihat diriku masih muda, punya tubuh badan yg sihat.. tp nikmat muda dan sihat yg Allah pinjamkan tidak akan berkekalan.. aku amat berharap dirimu tidak mencintai diriku kerana apa yg aku miliki hari ini tp cintai la aku kerana kau ingin bersamaku menempuh hidup ini walau siapa pun diriku.. cintailah diriku dari hatimu yg ikhlas, luhur dan tulus menyayangiku... ramai yg melihat diriku sebagai insan yg tabah, sabar.. tp sayang hakikatnya aku jua perlukan kekuatan.. bersamamu ku harapkan dikau adalah sumber kekuatanku.. kekadang aku terasa cukup penat dan lelah menempuh ranjau berliku hidup ini.. justeru ku harapkan dirimu menjadi inspirasi buatku..
sayang, bersediakah dirimu untuk kental menangkis fitnah dan cercaan.. dalam hidup ini x semua org menyenangi kehadiran kita.. x semua org suka melihat kta bersatu.. tiap sesuatu adalah terlalu sensitif.. ada insan yg akan bertepuk tangan seandainya cinta kita hancur d pertengahan jalan.. x kurang juga insan2 yg ingin menguji.. banyak godaan yg menanti.. apatah lg jika kta miliki apa yg dicari.. hanya kekuatan iman dan ketulusan kta yg akan menjadi benteng.. bersediakah sayangku utk yakin dengan cintaku.. skali ku serahkan hati ini padamu aku ingin selamanya.. hanya takdir ilahi yg bisa memisahkan kta.. siang malam ku berdoa agar slamanya cinta ini milik aku dan kamu..
Sayang, kta punya kisah silam.. aku amat berharap kisah silam kita bukanlah sesuatu yg akan menghancurkan hubungan suci ini.. biarlah yg berlalu trus berlalu.. kta kutip pengalaman lalu untuk d jadikan pedoman dlm meneruskan kehidupan.. percaya lah pada diri sendiri dan percaya lah dgn apa yg ada d dpn mata.. kta tidak mampu utk tentukan perjalanan sesuatu sempurna seperti yg kita inginkan.. kekadang kta mengharapkan sampai ke destinasi pd waktu yg tepat menggunakan lebuh raya.. kekadang kta berjaya sampai seperti mn yg dirancang.. tp kta mungkin tidak tahu halangan yg ada d depan yg memungkinkan ada ketika kta terpaksa menggunakan jalan biasa.. kekadang kta meneruskan perjalanan ke destinasi melalui jalan biasa dan kekadang kta terpaksa kembali ke lebuh raya untuk sampai ke destinasi.. kekadang terlalu banyak kekangan sehingga kta terpaksa berpatah balik dan menggunakan pelbagai alternatif yg ada.. so kutip lah pengalaman yg ada supaya kta lbh bersedia untuk perjalanan seterusnya..
sayang, ingatlah perkahwinan adalah perkongsian 2 hati.. saling memberi dan menerima, bertolak ansur, lengkap melengkapi, ikhlas dan jujur adalah pakaian sejati.. skali kta memutuskan utk bersama, kta harus bersedia utk hadapi apa jua kemungkinan.. cintai lah diriku sepertimana dirimu kau cintai.. begitu jua aku.. semoga Allah memberkati ikatan suci kta ini.. Amin ya Rabbal Alamin..
Sayang
Monday, April 6, 2009
dah pandai skrg..
Sunday, April 5, 2009
thankss
Hi sayang,
2 bulan lamanya..kemana dia pergi..tak kan nak publish tu pun mengambil masa 2 bulan..kalo mcm ni rugi la syarikat jual buku,,pembaca semua sakit jiwa kerana tertunggu tunggu..isk2 teruk la dier tu..dah la lambat post ayat tunggang langgang n ejaan pun salah plak tu..x patut2.....macam2 alasan dia bagi..pas ni tanak dah amik dia jd partner untuk kedai tebu kami..
Apa2 pun aku aku betul2 memohon maaf di atas kelewatan dan ketunggang langgangan ayat2 ku..buat jer la yang penting itu adalah coretan dari hatiku...dan aku tidak akan membuat kan sayangku tertunggu2 lg..kalaulah kata2 mu dan rajukmu ini kau paksakan seawal dulu,mgkn sudah lama sambungan nya ku publishkan dan kusiapkan sepenuhnya...jgn risau ya..insyaallah aku tidak akan mengulanginya lg dan akan sentiasa menjadi penulis yang ikhlas,on time,istiqamah dan terus berjuang hingga ke titisan pena yang terakhir..hehe..Trima kasih diatas teguran mu....ok bye bye
P/S: kat bawah tu ada la skit saya tambah,tanak create br..takut abis kertas...
Bingkisan Hatiku2
Hari yang mulia pun tiba,alhamdulillah akhirnya dapat juga ku beraya di kampung padahal 2 tahun lepas aku beraya di atas kapal yang mmg membosankan,sedih dan mengalir air mata.Aku akan menggunakan peluang beraya ini dengan sebaiknya..nak makan puas2,nak jumpa semua sedara mara,kawan2 dan harap2 dapat la jumpa si dia....nak jugak tengok muka nya..pada malam kedua hari raya aku diajak oleh amir dan abg ngah untuk beraya ke rumah si dia..isk aku mmg segan dan mmg x berani.tetapi aku teringatkan mesej nor alfisyah dulu,menjemputku kerumah berhari raya..jadi aku menelefonnya dan meminta izin untuk berhari raya dengan harapan dapat mengetahui di mana rumahnya dan yang paling penting dapat menatap wajahnya..makin berdebar hatiku..isk2 mampukah aku melakukannya dan inilah pertama kali aku berkunjung ke rumah kawan perempuan yang tidak kukenali...aku ditemani amir dan abg ngah..mereka mmg berani dan tidak segan silu untuk bersembang dengan ahli keluarganya..aku hanya diam membisu dan menjawab dengan tertib setiap persoalan yang dikotakan kerana mata ku sedang melirik yang mana si dia..makin kuat jantungku berdebar..akhirnya abg ngah mencuit kaki ku..ooo baru ku tahu yang menghangtar air minuamn dan meletakkan di hadapan ku yang bertudung pink berkain batik..aku cuba mencuri peluang untuk melihat dan menatap wajahnya..akhirnya dia duduk disebelah ibunya dan dimasa itulah aku betul2 dapat mengamati wajah2nya yang pemalu...hatiku berkata amboi lawanya,muka yang ayu,sopannya ,matanya melirik manja dan wajah keibuan..aku tertanya2 juga apakah yang bermain di benak hatinya bilamana sudah lama dia tidak pernah melihatku..mgkn hatinya berkata isk gemuknya,dh x ensem mcm dulu,hehe,berlagaknya...mgkn aku silap apa yang kufikirkan....ahli keluarganya amat gembira dan seronok bersembang dengan ku..byk persoalan dari mulut abgnya dan ibunya..tetapi aku terkejut sebentar kerana kusangkakan dan kuharapkan pagar rupanya pagar yang makan padi..amir tiba2 bertanya kepada si dia dan begitu seronok bersoal jawab..isk2 jelesnye...aku akur siapa diriku...hehe..di situlah permulaan cintaku kerana apabila wajahnya dpt kulihat akhirnya hatiku berdebar kencang dan ini kuungkapkan sbg ‘love at first sight’...di sinilah permulaan cintaku kepadanya..hatiku terus berdetik dan berdetik sampai sekarang tidak mengenal waktu,keadaan dan masa.wah begini rasanya cinta sejati..
sedar x sedar hari raya tahun ini mmg hari2 yang paling membuatkan aku sangat sibuk sampai benar2 tidak cukup rehat..mmg kalau diikutkan plan yang diberikan ayahku hampir 90% aku dapat memenuhi permintaannya untuk menziarahi saudara mara...walaupun sibuk tetapi telefon ku tak pernah lekang dari jariku untuk berhubung dan menghantar mesej kepadanya..setiap kali aku sampai kemana2 akan ku updatekan kepadanya..seolah2 dia lah tempat untuk aku mengkhabarkan keadaanku..tetapi mmg si dia seorang yang amat kuharapkan..setiap mesej ku x pernah dia lalai untuk membalasnya..malah dia lebih awal menghantar dan bertanyakan khabar kepadaku..di kala itu si dia juga sedang sibuk berhari raya melayan tetamu yang bertandang ke rumah,pulang berhari raya di kampung abah di taiping,.Mmg sibuk si dia sama seperti ku..
kesibukan berhari raya akhirnya mula beransur tenang apabila seminggu sudah masa berlalu, ejen di uk berkali kali bertanyakan bila aku boleh mula bekerja semula kebetulan pada masa itu ramai consultant sedang bercuti dan job pula semakin banyak sehinggakan aku ditawarkan dengan harga yang tinggi. Sewaktu itu juga aku sudah diberikan lampu hijau untuk ke Manchester dan hanya menunggu tiket penerbangan sahaja.Apa sahaja berita yang kuterima dari ejenku akan ku khabarkan kepada buah hatiku..seolah olah dia juga sedang menunggu job bersamaku. Dua hari sebelum cuti hari raya berakhir dan aku sudah tidak sibuk seperti minggu yang lalu,akhirnya aku bertanyakan kepadanya boleh tak kita keluar dan berjumpa di mana mana,,tetapi itu hanya gurauan dariku sahaja dan bukannya aku begitu berharap kerana keadaan sekeliling agak begitu tidak sesuai untuk aku berjumpa denganya..si dia beranggapan begitu juga kerana perlu meminta keizinan dari ibunya dan abg2 nya.Aku redha dengan apa jua keputusan,akhirnya dia menghantar mesej kepadaku bahawa ibunya membenarkan aku keluar bersamanya keesokan hari..gembira hatiku tidak terkira tetapi kemana ingin ku pergi,,isk2 aku tidak pernah merancang tempat2 yang sesuai untuk kutuju tetapi matlamatku yang sebenar adalah untuk membeli travel bag.Seawal pukul 8 pagi aku terus memacu kereta kerumahnya dengan hati yang penuh gembira dan berdebar2.kusangkakan sudah lewat dan si dia sedang menungguku rupanya aku terpaksa memandu perlahan menunggu si dia sedang berkemas..mungkin letih berhari raya masih belum pulih sepenuhnya..terus kuterbayang bagaimana wajahnya di siang hari di pagi yang segar dan ceria..akhirnya dia masuk ke mobilku dengan memberi salam disulami dengan senyuman yang manis dan sifatnya yang pemalu..suaranya semerdu buluh perindu begitu menggetarkan jiwaku..debaran di dadaku semakin kuat kerana inilah pertama kali seorang awek duduk disebelahku di dalam kereta ..aku mencuri peluang untuk melihat dengan jelas wajahnya walaupun malu untuk bertentang mata tetapi wajahnya terus memikat hatiku.Terus ku memecut kereta segera meninggal kan pengkalan hulu..sambil memandu aku dan dia masing2 bertanya kemana halatuju dan dimana untuk mencari beg..hanya 2 tempat sahaja berdekatan yang menjual peralatan untuk ke luar negeri..pilihan ku untuk ke Queensbay Mall tepat dan disokong olehnya,tetapi agak jauh dan mengambil masa berjam disebabkan jalan penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu2 menuju ke tempat kerja..Aku tidak begitu focus kepada pemanduan kerana disibukkan dengan pertanyaan dan jawapan di antara aku dan dia.Maklumla inilah pertama kali aku bersemuka dengannya kerana dari segi sejarah sewaktu persekolahan dulu dia lebih mengenali dan mengingatiku.Sedang rancak berbual sedar tak sedar rupanya kami sudah melewati jambatan PP..hanya beberapa minit lagi akan sampai tetapi masih terlalu awal dan kedai2 pun masih belum dibuka jadi aku mengambil keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu.sekali lagi kami merancakkan perbualan..bermacam2 soalan yang keluar dan semakin menghiburkan..Disitulah aku dapat menatap wajahnya dan mengfokuskan mataku dengan lebih jitu dan persis kearahnya..tetapi dia senyum dan sifat malunya terus terserlah..mmg dia seorang yang solehah dan ini yang kucari.hatiku berdegup kencang..cintaku sudah semakin berputik dan aku berperasaan ingin sekali hidup bersamanya..tetapi adakah perasaannya sama sepertiku..malunya kalau ditika itu aku melafazkan ayat2 cinta terhadapnya..tetapi aku tahu semua yang berlaku adalah ketentuan dari allah..hatiku bertanya kembali,kenapa dari dulu aku tidak pernah mengenali,bercinta dan berkahwin dengannya..jika allah mengizinkan,mungkin sekarang sudah jauh perjalananku bersamanya..lamunanku tersentak bilamana tujuan utamaku untuk membeli beg belum tercapai…dipendekkan cerita aku berjaya mendapatkan sebuah beg berkat dari pencarian aku bersamanya....perjalanan pulang sekali lagi kami rancak bercerita,banyak kisah2 silam yang tidak pernah ku dengari sebelum ini..si dia memang seorang yang bijak dan memorinya cukup tinggi kerana setiap apa yang diceritakannya agak detail dan memberikan maksud yang mendalam. Sedang asyik bercerita,sedar x sedar rupanya sudah melepasi highway dan semakin dekat ke destinasi.Aku berasa begitu cepat masa berlalu dan tidak puas bersamanya..kenapa masa berlalu begitu cepat dan bila lagi aku boleh bersamanya seperti ini,adakah dia akan keluar bersamaku lagi,apakah perasaannya sekarang dan apa yang bermain di benak hatinya, bermacam2 kufikirkan sambil ku mencuri pandang ke wajahnya yang ayu..aku sedar bahawa aku tidak boleh terburu2 dan harus sabar kerana jikalau si dia sudah ditakdirkan menjadi jodohku tidak akan lari gunung di kejar..apa yang boleh kusimpulkan bila seharian bersamanya hatiku begitu gembira sekali dan seolah2 sudah ada satu agenda baru dalam hidupku yang harusku pupuk dan kubelai menjadi lebih bermakna dalam hidupku...sekali lagi ingin ku ucap terima kasih kerana sudi menemaniku walaupun tujuaan asal bukannya satu perancangan yang teliti..(sori yang,ngantuk sgt2..pendek sgt)
Wednesday, April 1, 2009
Abah
AbahWednesday, April 2nd, 2008
16 Rabiul Awal 1429 H (24 Mac 2008) , 2.27 a.m satu-satunya insan bergelar abah dlm hidupku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pergi abah x d duga. Antara percaya dan x tp itulah takdir yg harus d trima. Alhamdulillah segala2nya cukup mudah bg abah. Dari saat abah menghembuskan nafas terakhir hinggalah jasad abah d semadikan semuanya berjalan dgn lancar. X terpancar kesakitan d wajah abah saat abah bertarung dgn ajalnya. Perginya abah bagaikan sebuah lena yg panjang. Saat abah memejam mata ketihan, saat itu lah nyawanya terpisah dr jasad. 10 bln pemergian arwah tok, kini abah pula menyusul. Perginya abah saat kami x bersedia. Melihat abah mampu berdiri, berjalan sesungguhnya suatu yg indah dlm hidup ini. Tp rupanya kegembiraan tu bukan lah berkekalan. Berulang kali aku yakinkan diri kini abah dh x ada. Tiap bait perkataan “abah” yg terbit dr bibir pasti d sulami dgn air mata. Kdg2 terasa abah dkt d sisi. Haruman minyak wangi abah semerbak seolah2 abah msh ada.
Kini, segala-galanya tinggal kenangan. Tiada lg abah yg akan marah2 bila kami adik beradik lewat menunaikan solat. Tiada lg abah yg akan tegur andai kami tersalah dlm bacaan ayat suci al-quran. Tiada lg abah dan pesanannya. Tiada lg abah dgn kitab2nya. Tiada lg abah dan usikannya. Tak ada lg abah dengan gurauan kepulanganku menghabiskan berasnya. Tak ada lg anak emas, anak perak, anak gangsa, anak tembaga n anak manja abah. Tak ada lg hidangan istimewa abah d bln puasa. Tak ada lg sambal abah. Tak ada lg abah yg akan memancing dan menjala. Tak ada lg abah yg akan cbuk2 mengira detik pesta menangkap ikan. Tak ada lg abah yg akan temankan aku menunggu bas. Tak ada lg abah dan cerita2nya.
Abah adalah insan yg cukup istimewa dlm hidupku. Seorang yg tegas dan penyayang. Seorg yg x kenal erti penat dan lelah. Seorg yg gemar mengusik. Seorang yg sensitive. Abah seorang yg tabah dan berdikari. Kehilangan ibu tercinta, terpisah dr ayah yg sayangi x pernah sedikit pun melunturkan semangat abah utk terus hidup dan berjuang. Sekurang-kurangnya aku beruntung. Dijaga, dibesarkan, dimanjakan dan disayangi abah sejak aku d lahirkan hinggalah ke saat ajalnya dtg menjemput. Tak pernah skali pun abah mengeluh dikurniakan anak yg nakal, malah dgn sabar abah mendidikku. Abah, anak-anak abah kini menjadi seorang manusia kerana didikan abah.
Abah, beradulah dengan tenang dan aman disana. Semoga abah d tempatkan d kalangan hambaNya yg soleh. InsyaAllah anak-anak yg abah bajai dgn didikan agama dan kasih sayang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah di sana. Maafkan salah silap kami, kata-kata kami atau tindakan kami yg pernah mengguris hati abah. Berbahagialah abahku sayang.
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Dikau lah ayah mithali
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Dikau lah ayah mithali
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Ayahku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Dikau lah ayah mithali