Monday, March 23, 2009

Setahun tanpamu di sisi

(22 Februari 1941 – 24 Mac 2008)-Hari ini genap setahun abah pergi tinggalkan kami semua… rasanya seperti baru semalam kami bergelak ketawa dengan abah.. kenangan bersama-sama abah ada di mana-mana.. sukar rasanya untuk aku dan keluarga melupakan abah walo sesaat.. kata-kata perangsang dan semangatnya sentiasa mengiringiku sehingga aku berjaya.. jika tidak kerana ketegasannya apakah aku, abang2 dan adik2 akan jadi seperti hari ini.. tegas abah bukan untuk duniawi semata tp ukhrawi jugak x penah dilupa.. jangan lengahkan solat itu yg slalu abah tegaskan.. baca quran dgn btol itu yg abah tekankan.. berbuat baik sebagai seorang islam, meninggalkan apa yg dilarang itu yg abah pesan.. pesan abah hormati guru ibarat kamu hormati abah dan mak.. salami cikgu2, kucuplah tangan2 mereka kerana ilmu yg mereka curahkan x ternilai harganya.. jauhi lah perkara yg dilarang, makan lah makanan yg berkhasiat agar hati sentiasa terang untuk menerima ilmu yg dicurahkan..Abah.. tegasnya bertempat.. mendidik kami menjadi insan berguna.. garang abah letak pada tempatnya.. bukan abah untuk mengherdik dan memaki sesuka hati.. tp abah marah bila mana apa yg diajar dan d tekankan tidak diikuti.. amanah yg dipikul harus dilunaskan dgn jayanya.. bukan prinsip abah melepaskan batuk di tangga.. tp apa yg abah nak ilmu yg dicurahkan diterima sepenuhnya.. abah x kisah diri dibenci janji tanggungjawab yg diberi ditunaikan sebaiknya.. Biar pun ramai yg takut utk dekati abah, tp bg aku, abg2 dan adik2, abah bagaikan kwn.. boleh dibawak bergurau dan bermain.. gurau senda, sakat menyakat adalah kenangan terindah kami bersama abah… kehilangan gelak tawa itulah yg plg terkesan di hati kami saat abah pergi tinggalkan kami.. dlm serius wajahnya, abah cukup disenangi kwn2.. sikap ringan tulang, peramah dan suka menyakat buatkan abah punya ramai teman.. abah adalah insan yg paling suka nasihatkan aku.. masa yg digunakan utk menghantarku ke stesyen bas akan digunakan sebaik2nya utk bg nasihat .. masih aku igt saat abah menegur sikap keras hatiku n sikapku yg slalu bertegang urat dgn syahida.. saat itu mmg aku sedar kesilapanku.. terasa amat sukar berkongsi sesuatu dgn 1-1nya adik perempuanku walopun aku amat menyayanginya.. Alhamdulillah teguran abah buatkan aku merenung kembali hubungan kami dan blajar utk menerima syahida sbg diriku.. dan finally hubungan kami bagaikan saudara kembar yg x dpt dipisahkan.. teringat 1 peristiwa bila mana seorg lelaki melintasi aku dan abah sambil mengoratku.. abah pandang aku dan pesan jgn mudah jatuh hati dengan lelaki.. menilai lelaki bukan dr segi macho dan gentlemannya dia.. abah nak aku cari org yg beragama sbb itu yg plg penting.. aku diam n buat x tahu.. bg aku sebagai budak sekolah apa sgt yg nak ku pk kan tentang cinta.. tp dlm hatiku sedikit geli hati mendengar ayat2 abah.. abah kalo dh bg nasihat kluar semua perkataan2 yg canggih.. bila kami adik beradik gelak abah mesti ckp jgn igt abah x reti ckp omputeh.. abah nak aku jd pompuan yg ayu.. kalo boleh dia x nak tgk langsung aku berseluar.. berkawan ngan lelaki pun abah x suka.. bukannya apa aku kalo kwn ngan lelaki, alamatnya bergaduh sepak terajang la memanjang.. benda2 cam tu x la elok bg aku sbg seorg pompuan.. cukup la setakat aku bertumbuk ngan abg kesayangan.. tu pun abah dh x larat nak marah.. last2 abah biar je.. waktu aku msh mencari2 bidang yg sesuai dgn jiwaku, aku tertarik dgn bidang pembinaan.. aku khabarkan hasrat hatiku nak jd engineer kt abah.. abah x marah tp cuba memujukku memilih bidang lain.. yg plg dia nak aku jd cikgu.. tp aku ni degil.. bila dh hbs spm br aku decide nak amik sains komputer tp abah x th.. 1 hari dia bwk aku g tapak pembinaan n tunjukkan aku selok belok kerja kt ctu.. abah ckp kt aku x sesuai pompuan nak keja kt tempat mcm tu.. byk cabaran n x nampak keayuannya.. tersenyum aku.. bersungguh rupanya abah x nak aku jd engineer.. tp whatever pilihan yg anak2 dh buat abah x penah halang.. skali pun abah x suka abah hanya bg nasihat so terpulang la pd anak2 samada nak ikut atau pun x.. andai kami nekad abah xkan marah malah sentiasa amik berat.. yg penting kami suka n berjaya..biarpun abah slalu membulatkan matanya memandang kami adik beradik tp abah amat penyayang.. abah cukup risau bila anak2nya sakit.. di bawanya ke klinik.. x cukup dengan tu abah jampi2 ktorg.. apa ja yg ktorg mintak time sakit mesti dapat.. igt lg saat aku lemas dalam telaga.. mak dan abah mmg x th.. sbbkan takut ktorg tggu lama kt rmh jiran.. harap2 bila balik mak dan abah x perasan.. tp sangkaan kami meleset.. bukak je pintu pagar mak dah terpacul kt ctu.. mak marah2.. sorg pun x brani bersuara.. mak marah sbb risaukan kehilanganku.. almaklum la itu la 1-1nya puteri yg ada slps menunggu bertahun2.. tp apa yg aku paham tentang erti kasih sayang.. bila kena marah yg aku tahu menangis.. abah tarik aku dalam dakapannya, dukung aku keliling rumah, tenangkan aku, tidurkan aku hingga terlena dan lupakan semua kenangan pahit yg baru ku lalui.. sehingga hari ini aku masih menangis bila aku sakit.. saat aku diserang chikugunya tempoh hari sesaat pun aku x lupakan abah.. andai abah d sisi, biar pun abah bukan doctor yang mampu merawatku tp semangat abah yg kuperolehi sedikit sebanyak buatkan aku kuat dan tegar.. mencurah2 air mataku menanggung kerinduan yg amat mendalam pada abah..mencari lelaki persis abah pd zaman ini amat lah sukar.. abah x kisah mencuci kain bajunya sendiri.. malah ketika zaman kanak2ku, yg aku tahu tukar baju.. mak lak bermastautin kt hospital.. abah la yg kelam kabut menguruskan kami… membasuh kain baju kami yg bertimbun.. abah x kisah duduk d dapur.. byk resipi abah yg sedap2 yg x sempat aku pelajari.. tiap kali menjelang ramadhan ada je air tangan abah yg menjadi hidangan utk kami sekeluarga.. abah x pernah mengeluh penat.. dari bukak mata hingga saat saat abah melelapkan mata abah x pernah berhenti bekerja.. saat abah baru ja melabuhkan punggungnya utk berehat pasti ada ja customer yg dtg.. mungkin servis terbaik dari abah dan harga yg berpatutan buatkan customer abah x pernah putus.. 1 peristiwa yg ku kira agak mengharukan slps beberapa bulan abah menyahut seruan ilahi.. 1 hr ada seorg customer dtg cr abah.. abah pergi saat semua org x duga.. menerima brita pemergian abah bagaikan mimpi pd semua org.. apa kan tidak baru semlm org kg nampak abah jln2 keliling kg tp hr ni dpt th abah dh x ada..2 bulan slps abah meninggal aku memberanikan diri drive ke tempat kelahiran abah.. terasa sayu hati ini.. berat rasanya untuk ku tinggalkan… tiap lorong dan jalan yg kulalui bayangan abah sentiasa ada.. biar pun lorong menghala ke rumah tok agak sunyi tp aku dpt rasakan ketenangan dan kedamaian d sana.. apatah lg bila terkenangkan layanan first class dari abah dan adik2nya… melintasi pekan simpang tiga, teringat kenangan d mn abah akan beli apa saja yg d minta oleh kami adik beradik.. terkenang saat nak mkn sup tulang.. abah n pak su yg beli tulang tu.. tp bila blk rmh semua org tergelak.. yg d jual btol2 tulang.. x ada ckit pun daging yg membaluti.. melewati pekan taiping walopun dh jauh berubah tp masih teringat2 abah mengheretku dan yg lain2.. katanya nak cari gerai laksa.. dulu abah penah mkn n sedap.. boleh d katakana tiap kali aku blk kg mesti leh mkn laksa.. kdg2 sampai ke kuala kangsar bapa2 sedara aku g cari laksa.. penah skali time bln puasa cr laksa dkt lembah kuala kangsar x jumpa, last2 arwah tok ckp x pa la nnti kta blk msk kt rmh.. ptg tu mak cik la yg susah payah mskkan laksa untukku.. kali pertama mukaku d tumbuhi jerawat abah la org plg risau.. igt lg dulu abah bwk aku g pekan taiping cr ubat.. tp sampai skrg aku msh x dpt cam lorong mn yg abah bwk aku.. hanya abah yg tahu selok belok pekan taiping.. abah nak tgk aku cantik tp aku slalu ckp kt abah biar la x cantik nnti br x ada org nak kaco.. abah slalu bercerita tentang bukit merah kt aku.. bila aku ckp aku x penah lg pegi abah terkejut.. abah kata x pa nnti kta pegi.. tp aku makin dewasa n x berkesempatan lg nak pusing2 taiping ngan abah.. sehingga kini aku masih x berkesempatan berkunjung ke bukit merah.. igt lg peristiwa lucu saat kami sekeluarga bermalam kt rmh pak su.. esok tu awl2 pg mak n abah ajak ziarah rmh pak cik(abg mak) kt perumahan seberang jln.. ktorg deside nak jln kaki ja.. nampak mcm senang n dekat but ktorg sesat gak.. last2 abah tya sorg aci tu.. aci tu ckp jln trus.. ktorg ikut je la walopun terpaksa menebalkan muka melintasi dapur2 rmh org.. last2 jumpa gak.. nak blk tu pak cik htr ktorg sampai rmh pak su.. kenangan lama terlalu indah n x mungkin kami ulangi lg.. keadaan jauh berubah n abah tiada lg d sisi.. n aku pun x th andainya aku kembali ke kg halaman abah masihkah ada insan yg mengenaliku.. adakah lg insan yg akan bertanya ni anak mail ke..Terkenang zaman kecik2.. kami adik beradik suka bergaduh.. so bila abah marah mula la kami labelkan mangsa sbg anak emas abah.. pas tu abah mesti ckp a’a yg ni anak emas, yg tu anak perak, yg tu anak gangsa, yg tu anak tembaga, yg tu anak timah, besi.. bila semua dh reda br abah ckp abah syg semua.. x dak beza.. x dak anak emas, anak perak, anak gangsa.. aku suka tulisan n lukisan abah.. cantik.. dulu kalo cikgu suh aku lukis aku mesti pas kt abah.. kalo abah nak sampaikan msg kt mak pun abah akan lukis n pas kt ktorg suh bg kt mak.. penah skali tu time tggu mak abah lukis gambar kambing.. lps tu bila abah lukis janggut kambing tu aku gelak n ckp mcm janggut abah.. abah senyum ja.. tp bila semua org gelak abah jeling lak kt aku.. agaknya abah malu n marah bila usikan ku jd jenaka pd org lain.. aku suka tiap kali abah tulis surat utkku.. byk nasihat yg abah bg.. abah suka bahasakan diri sebagai ayahanda n aku sebagai anakanda.. tp sayangnya surat2 yg abah kirim tidak ku simpan.. jika tidak boleh ku tatap buat melepaskan rindu..Abah baik n rajin beribadah.. andai berkesempatan abah gemar berjemaah.. seingat aku x ada sehari pun yg abah x pernah lepas dr menunaikan solat sunat.. skali pun x berkesempatan menunaikan sunat dhuha, pasti sunat sblm n slps fardu abah x tinggal.. bila ada masa terluang abah pasti d temani qurannya.. sejuk hati mendengar bacaan abah.. sedap suara abah.. bagus tajwidnya.. kalo tidak masakan ramai yg menggunakan khidmat didikan dr abah.. kekadang kalo abah terjaga d tengah malam sempat lg abah menunaikan solat sunat.. jauh berbeza dgn aku.. yg wajib pun masih lintang pukang apatah lg yg sunat.. Saat aku d landa kemelut yg cukup hebat, sayu pandangan abah menatap wajahku.. kata abah, samada abah ada atau x, majlis perkahwinanku tetap akan dilangsungkan mcm mn majlis abg2ku.. aku sedih.. teringin benar aku nak nikah berwalikan abah.. tp apakan daya.. tuhan lebih menyayangi abah.. kekadang aku menangis sendirian.. mengenangkan saat abah meninggalkan aku, aku blom btol2 dewasa.. aku masih perlukan abah untuk berpaut.. tp aku redha dgn ketentuanNya… pasti ada hikmah yg tersembunyi.. aku perlu bangkit.. aku perlu kuat.. menggalas amanah menjaga mak dan adik2 bukan tugas mudah.. tp bersedia atau x aku harus tegar.. justeru semangat n kasih sayangmu abah jd pendorong buatku..“Abah dah nak mati”.. abah senyum n pandang aku.. aku jeling abah.. aku marah sbb aku x bersedia utk kehilangan abah.. aku perlukan abah.. Abah, andai akak tahu itu adalah kata2 terakhir abah buat akak pasti akak x akan tinggalkan abah.. ingin skali akak duduk d sisi abah,bercerita dan berbual.. rsnya dh lama akak x sembang dgn abah.. makin dewasa makin sibuk.. acapkali d himpit masalah akak gemar bersendiri.. justeru, akak x punya byk masa bersama abah.. Abah, kami amat merindui abah.. kdg2 termimpikan abah.. kekadang saat kami berbual, terkenangkan kenangan dgn abah.. pasti terdiam seketika.. masing2 menahan sebak d dada… biarpun memori dgn abah manis utk d kenang tp pilu mengenangkan abah tiada d sisi tetap terasa.. perjalanan hidup terasa bagaikan x lengkap.. ada kekurangan yg gagal kami cari ganti.. tempatmu abah terlalu istimewa d hati kami semua..Abah, hari ini kami anak2 abah makin dewasa.. ke mana jua kami melangkah nama abah kami bwk bersama.. kejayaan yg kami tempa hr ni berkat bimbingan dan doa abah n mak.. dlm meniti kehidupan mungkin kami tersasar dr apa yg abah inginkan… tp x bermakna abah gagal mendidik kami.. abah adalah abah yg terbaik.. tanggungjawab dan amanah abah pikul dengan jayanya.. Cuma kami sebagai insan biasa gagal dlm mengharung kehidupan.. tp semangat juang abah sentiasa bersama kami..Abah, terlalu banyak yg ingin akak perkatakan tentang abah.. tp mana mungkin kenangan 25 tahun 9 bulan 24 hari bersama abah akak coretkan d atas sekeping kertas… skali pun akak x dpt tatap wajah abah lg tp sesaat pun akak x mampu lupakan abah.. tempat abah terlalu istimewa d hati akak.. akak mendoakan abah bahagia dan d tempatkan d kalangan mereka yg beriman.. semoga abah aman beradu d sana.. Al-Fatihah..

Wednesday, March 11, 2009

Bagaimana harus ku ucap terima kasih

sabtu lps aku balik kg sempena cuti maulidur rasul.. kesempatan yg ada mmg aku x lepaskan... pantang je sebut cuti mesti aku nak blk kg.. tenang rasanya bila kt kg.. x yah pening2 pk psl coding.. x yah pk psl mkn.. anytime nak mkn aku leh mkn.. n aku leh mkn apa je yg sesuai ngan selera.. so hr first kt rmh aku, mak n syahida pun sembang2.. aku n syahida usik mak psl menantu kesayangannya.. x pernah lekang dr bibir mak nama KS... byk benda yg mak cerita.. yg aku x dgr dr mulut KS tp aku dgr dr mulut mak.. sayang sggh mak kt KS.. pantang sebut nak msk byk tkt x hbs mesti mak ckp x pe org KH kan ada.. kata syahida apa mak igt KS tu tong sampah.. semua nak suh dia sumbat.. dlm rancak berbual tetiba mak diam.. mata mak berkaca.. mcm mn mak nak ucap terima kasih kt tuhan.. itu yg terpacul dr mulut mak.. aku diam.. x de kata2 yg ku kira sesuai terlintas d hatiku utk menjawab soalan mak.. tp syahida yg x puas hati trus ja tya sbb mak ckp mcm tu.. dlm nada terharu mak ckp yg mak bersyukur sgt2 sbb doa mak nak dpt seorg menantu yg beriman, memahami n org kg d makbulkan.. kata mak lg apa yg mak mintak semua Allah makbulkan that's why la mak rs mcm x th mcm mn lg nak mengucapkan syukur.. mungkin keperitan silam buat mak terharu bila apa yg dtg hr ni jauh berbeza dr semalam.. mungkin mak terlalu berharap supaya sejarah semalam x berulang lagi.. aku trus diam membisu.. sedikit terharu bila pengorbananku utk membuka hati buat seorg lelaki akhirnya bkn sahaja membawa sinar bahagia dlm hidupku tetapi mampu mengembalikan senyuman di wajah mak.. jelas skali kelopak bahagia dr senyuman di wajah bonda.. trima kasih abg kerana membuatkan senyuman mak 5 bulan yg lalu terus mekar sehingga hr ni.. trima kasih abg kerana memberikan mak sebuah harapan yg pasti.. bagaimana harus ku ucapkan terima kasih kerana sudi membawa cinta baru dlm hidupku.. bagaimana harus ku ucapkan trima kasih kerana kembalikan senyuman mak setelah remuk hatinya ku robek.. bagaimana harus ku ucapkan trima kasih atas secebis kasih yg kau curahkan.. sayang, andai ku tahu cintamu yg terbaik yg akan ku miliki pasti hati ini xkan kubiarkan menagih cinta lain.. sayang, kalau lah ku ikutkan kata hati mungkinkah hari ini kta dpt bersama.. x pernah kutahu harapan mak, senyuman mak rupanya bahagia buatku.. bukan utk seketika tp utk selamanya.. trima kasih ku ucapkan..

Wednesday, March 4, 2009

Rindu...

Ini bukan bingkisan hatiku..ini adalah luahan rinduku kepada yang tersayang..diwaktu ini jam menunjukkan 2:20 pagi waktu malaysia dimana kutahu kekasihku sedang lena dibuai mimpi dan aku tidak dapat melelapkan mata kerana diamanahkan sebagai jururawat sementara kepada nenekku yang malam dan siangnya adalah sama.Baruku tahu begitu susah untuk menjaga orang yang sudah tua ditambah lagi dengan bermacam mcam kerenah seaakan kebudak-budakan.Walaupun seberat mana mata memandang berat lagi bahu yang memikul tetapi haruslah diingat apabila allah memanjangkan umur kita saat ini akan kita lalui jua.Di masa itulah kita akan menaruh harapan yang tinggi kepada orang-orang disekeliling kita agar dapat menolong dan membantu meringankan beban yang kita alami.Berdoalah selalu kepada allah agar kita diletakkan di dalam orang-orang yang beriman dan hari tua kita diredhai serta kita dimatikan dalam orang2 yang soleh....amin...

Hi sayang,i love u n miss so much..kata-kata rinduku yang sering dan ingin kulafazkan apabila dia berada di depanku..rinduku tidak tertahan lagi apabila megenangkan si dia yang jauh beratus ratus kilometer dariku.Jelingan manjanya,senyum tawanya,manjanya,suaranya yang mengusik jiwaku setiap detik ku teringatkan.Jiwaku tidak kosong lagi apabila dia hadir dalam hidupku..walaupun aku tidak pernah bercinta tetapi aku tetap berusaha untuk menagih cinta darinya biarpun kadang-kadang aku membuat kesilapan yang menyebabkan dia sering resah dengan diriku dan setiap kerenahku,rajukku,mengade2ku dibalasnya dgn senyuman dan ditelan dgn penuh sabar. Hi sayangku kemaafan kupohonkan andaikata semenjak dari permulaan perkenalan kita sampai kesaat ini aku banyak menyusahkan mu, meresahkan mu,menyinggung perasaanmu, membangkitkan kemarahan dan rajukmu, menelefon sampai terganggu kerjamu, dan byk lagi yang tidak dapat kuungkapkan disini.Aku sedar siapa diriku yang masih mentah di dalam dunia percintaan dan masih ingin belajar dan terus belajar untuk mengenal hati budimu.Aku selalu berdoa agar segala rintangan yang kita hadapi dapat kita harungi bersama hingga ke akhir hayat dengan tenang dan aman...I LOVE U.......sekian.....(maaf ya sayang byk sebenarnya nak tulis,tp mengantuk la pulak......sori)

Gelora Perutku...Haha

adilah..terima kasih kerana masukkan email detik2 perkenalan kita..dah banyak kali ku baca kadang-kadang tu rasa gelihati jugak bila tengok kata2 ku di permulaan perkenalan...sebenarnya aku ingin sekali melihat dimana bermulanya episod perkenalanku dengannya tetapi aku sudah tersilap kerana menutup friendster dulu..ya la kan masa tu ada masalah bodoh yang mengganggu fikiranku..so amik la tindakan drastik yang mmg aku x pikir langsung..nasib baik kesayanganku masih menyimpannya..dapat la ku singkap kisah2 lama buat tatapan kami berdua...aku minta maaf sekali lagi kerana tidak dapat masukkan bingkisan hatiku 2 kerana masih dalam pembinaan..sudah byk yang ku edit..mulanya last week nak masukkan tp dah internet asyik wat kacau jer susah la kan..tgk la 2 3 hari lg...yang penting apa yang aku ingin sampaikan dia dapat membacanya walaupun penulisanku tunggang langgang...sabar ehhh sayang...

Disaat ku tulis ni aku sedang mengalami masalah perut memulas atau kata lain sakit perut..citer skit la eh..ntah la awal pagi tadi mmg ngantuk sesangat sbb diberi tanggungjawab utk jaga tok..so byk masa tidur aku terganggu tapi x pa la kan mane tahu bila dah tua nanti ada la org nak tolong jaga dan tolong tgkkkan kita..so awal pagi aku dah dikejutkan oleh kekasihku yang disayangi....mmg acapkali ku menunggu panggilannya..sejuk hati ku bila dapat bgn subuh dan mendengar suaranya..setiap pagi aku dikejutkan olehnya..tima kasih sayang..subuh ku terjaga.cuma niatku utnuk solat berjemaah dimasjid jer x kesampaian...insyaallah aku akan berusaha untuk bangun awal..dah lama x berjemaah kat masjid..org masjid pun dah tertanya2..hehe....selesai subuh badanku masih letih dan sangat mengantuk..apa lagi sambung tidur la..8 pagi aku dikejutkan oleh ayah aku..disuruh nya ke market untuk membeli barang keperluan dapur..apa lagi bergegas la aku menghidupkan enjin kereta..aku perlu cepat kerana sejam lg aku perlu menguruskan perniagaan tebuku..setiba nya di pekan..perut sudah mula memulas,sakit dan tidak berasa selesa..cepat2 ku selesaikan belian dan terus pulang kerumah...sakit makin bertambah,tapi aku tahan setahan2nya..ah ini mungkin sakit perut biase jer...rupanya semakin ku tahan semakin teruk menyucuk2 di perut ku...apa ni x penah pun jadi camni..kalo jd pun sekejap jer...aku biarkan jugak perut ku memulas sambil ku uruskan tebuku..makin lama makin sakit...akhirnya aku akur dan terpaksa juga ke klinik..walaupun mmg dari dulu aku cukup takut untuk ke klinik..aku betul2 bimbang kalo apa2 terjadi padaku..menambahkan lg kerisauan di wajah kesayanganku..kesian dia terpaksa melayan kerenahku...tapi siapa lg untuk ku luahkan...hanya dia tempat ku mengadu....akhirnya doctor mengesahkan aku mengidap batu karang...betul ker?itupun berdasarkan urine test..katanya kandungan darah banyak...aku akur dgn keputusanya..tetapi selepas menerima satu suntikan keadaan bergelora diperutku makin berkurangan tetapi masih terasa cucukan2 diperutku....insyaalah bila aku amalkan minum air kar kayu nanti..mungkin akan sembuh sepenuhnya...spesel dr bakal mertuaku...sekarang aku sedar sepatutnya nasihat yang diberikan adilah kuturuti..seringkali dia mengingatkan aku supaya makan selalu dan jgn biarkan perut kosong..maaf ya sayang..insyaallah abg x buat lg..terima kasih diatas nasihatmu...sekarang ketika tulisan ini ditulis perutku sudah semakin ok dan insyaalah akan sembuh sepenuhnya nanti.........

Monday, March 2, 2009

Selamat tinggal programming

masih terlalu awl untukku ucapkan selamat tinggal.. notisku masih berbaki 2 bulan.. namun hati ini ingin benar mencoretkan sesuatu sblm dunia programming ku tinggalkan.. hampir 4 tahun ku abdikan diriku sepenuhnya pada programming.. bermula sekadar suka2 ketika usiaku menginjak 17 tahun, akhirnya minat yg mendalam dlm programming sukar ku bendung.. justeru tatkala ingin menyambung degree, keenam2 kursus yg kupilih adalah kursus it dan sains komputer... bezanya cuma hanya la universiti pilihan.. alhamdulillah akhirnya pilihan pertamaku diterima.. slps 3 thn sedikit sebanyak ilmu berkaitan programming ku timba.. cintaku makin mendalam.. kerjaya pertamaku bermula bila abgku merekomenkan aku bekerja di syarikatnya bekerja.. hampir 2 tahun aku bersama that kompeni.. byk yg aku pelajari.. kerenah user, pasang surut angin bos.. dari setinggi2 pujian hinggalah sebesar2 makian pernah aku terima.. tp itu la adat bekerja.. aku telan semua kepahitan dan kemanisan demi kerjaya yg kucintai.. selepas 1 thn 9 bln akhirnya aku beralih angin ke kompeni lain.. byk faktor yg mempengaruhi perpindahanku.. kontrak yg kian tamat, tekanan dr user n bos, gaji yg x pernah bertambah walopun beban kerja bertambah, mencari pengalaman baru dan juga melarikan diri dr seseorg.. alhamdulillah d tempat br segalanya indah.. environment, kwn2, gaji n kerja.. everything x memeningkan kepala.. but jodohku dgn kompeni tu x lama.. aku hanya sempat bekerja selama 6 bulan bila mana kompeni terpaksa menamatkan operasi ats sbb2 tertentu.. so msg2 membawa diri.. after 2 month akhirnya aku join kompeni skrg.. aku suka keje kt cni.. gaji mmg ku kira terlebih ok cuma aku yg terover boros.. keje pun x byk tekanan.. kwn2 ok.. cumanya cabaran aku kt cni bos2 semua omputeh, majoriti chinese, so aku nak kena speaking... keje aku skrg pun aku suka.. byk benda br n language br aku blaja.. but now after 1 year n 2 month skali lg aku kena ucapkan gud bye.. tp kali ni bukan utk kompeni ja tp utk dunia programming gak.. bukan aku penat atau benci tp rasanya dh sampai masanya aku memulakan hidup baru bersama insan2 tersayang, jauh dr hiruk pikuk kesesakan kota.. aku ingin skali berada di samping bonda tercinta, suami tersayang dan kekanda2 n adinda2 yg ku kasihi.. selamat tggl programming.. selamat tinggal..