Wednesday, April 1, 2009

Abah

d petik dari blog terdahulu..
AbahWednesday, April 2nd, 2008

16 Rabiul Awal 1429 H (24 Mac 2008) , 2.27 a.m satu-satunya insan bergelar abah dlm hidupku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pergi abah x d duga. Antara percaya dan x tp itulah takdir yg harus d trima. Alhamdulillah segala2nya cukup mudah bg abah. Dari saat abah menghembuskan nafas terakhir hinggalah jasad abah d semadikan semuanya berjalan dgn lancar. X terpancar kesakitan d wajah abah saat abah bertarung dgn ajalnya. Perginya abah bagaikan sebuah lena yg panjang. Saat abah memejam mata ketihan, saat itu lah nyawanya terpisah dr jasad. 10 bln pemergian arwah tok, kini abah pula menyusul. Perginya abah saat kami x bersedia. Melihat abah mampu berdiri, berjalan sesungguhnya suatu yg indah dlm hidup ini. Tp rupanya kegembiraan tu bukan lah berkekalan. Berulang kali aku yakinkan diri kini abah dh x ada. Tiap bait perkataan “abah” yg terbit dr bibir pasti d sulami dgn air mata. Kdg2 terasa abah dkt d sisi. Haruman minyak wangi abah semerbak seolah2 abah msh ada.
Kini, segala-galanya tinggal kenangan. Tiada lg abah yg akan marah2 bila kami adik beradik lewat menunaikan solat. Tiada lg abah yg akan tegur andai kami tersalah dlm bacaan ayat suci al-quran. Tiada lg abah dan pesanannya. Tiada lg abah dgn kitab2nya. Tiada lg abah dan usikannya. Tak ada lg abah dengan gurauan kepulanganku menghabiskan berasnya. Tak ada lg anak emas, anak perak, anak gangsa, anak tembaga n anak manja abah. Tak ada lg hidangan istimewa abah d bln puasa. Tak ada lg sambal abah. Tak ada lg abah yg akan memancing dan menjala. Tak ada lg abah yg akan cbuk2 mengira detik pesta menangkap ikan. Tak ada lg abah yg akan temankan aku menunggu bas. Tak ada lg abah dan cerita2nya.
Abah adalah insan yg cukup istimewa dlm hidupku. Seorang yg tegas dan penyayang. Seorg yg x kenal erti penat dan lelah. Seorg yg gemar mengusik. Seorang yg sensitive. Abah seorang yg tabah dan berdikari. Kehilangan ibu tercinta, terpisah dr ayah yg sayangi x pernah sedikit pun melunturkan semangat abah utk terus hidup dan berjuang. Sekurang-kurangnya aku beruntung. Dijaga, dibesarkan, dimanjakan dan disayangi abah sejak aku d lahirkan hinggalah ke saat ajalnya dtg menjemput. Tak pernah skali pun abah mengeluh dikurniakan anak yg nakal, malah dgn sabar abah mendidikku. Abah, anak-anak abah kini menjadi seorang manusia kerana didikan abah.
Abah, beradulah dengan tenang dan aman disana. Semoga abah d tempatkan d kalangan hambaNya yg soleh. InsyaAllah anak-anak yg abah bajai dgn didikan agama dan kasih sayang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah di sana. Maafkan salah silap kami, kata-kata kami atau tindakan kami yg pernah mengguris hati abah. Berbahagialah abahku sayang.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Dikau lah ayah mithali
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Dikau lah ayah mithali
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Ayahku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Dikau lah ayah mithali

No comments: