Sunday, April 5, 2009

Bingkisan Hatiku2

Seminggu untuk berhari raya sudah tiba...aku amat sibuk dengan pengurusan pembelian persedian untuk berhari raya..rupanya dah 2 tahun aku tidak beraya di kampung..aku menemani ayahku ke baling untuk membeli baju melayu dalam masa yang sama buah hatiku juga berada didalam radius pekan yang sibuk itu.Keadaan sewaktu itu amat sibuk seperti keadaan di tengah kesibukan kota raya kuala lumpur..tiba2 saja pekan Baling menjadi sangat sibuk sehinggakan susah sekali untuk mencari parking.Beginilah keadaannya apabila semua pendduk kamgpung yang menetap di kota pulang utk berhari raya.Aku tidak menghiraukan itu semua yang penting tujuan utama ku untuk menyelesaikan pembelian terlaksana dan berharap dapat la melihat wajah sebenar si dia yang mungkin tidak berapa jauh dariku..ku hantar mesej kepadanya rupanya dia sudah lama berada di sini tetapi kesian kerana masih belum dpat parking...sambil membelek baju dan jubah sempat lagi aku melihat kekiri dan kekanan takut2 si dia berada didepan ku dan segera menegurku...tetapi beranikah aku untuk bersemuka dengannya.maklumla aku ni pemalu dan penyegan,,hehe ..ditambah pula dgn suhu yang panas ketika itu,berpeluh2 la aku melayan ayahku dan sambil tercari2 sidia...setiap perempuan yang kulihat semuanya aku beranggapan adakah itu sidia..isk bukann la..aku ingin sekali melihat wajahnya seperti di dalam gambar...akhirnya aku pulang ke rumah walaupun wajah si dia masih belum dapat kulihat..semakin cepat masa berlalu dan semakin gembira hatiku ingin menyambut hari yang penuh gembira dan sedih untuk kutinggalkan bulan ramadhan yang penuh barakah...kegembiraan hatiku cukup bermakna apabila di bulan yang penuh mulia ini dihadiri dengan seorang perempuan yang bagiku cukup untuk mengubati jiwa dan hatiku walaupun tanda soal masih belum hilang dari benak hatiku..bila malam hari acapkali aku ke pekan bertemu kawan2 lama berkongsi cerita dan bertanya khabar..siapa lagi kalau bukan si amir,abg ngah n nazihan..bermacam2 soalan meluru ke arah ku...tetapi byk berkaitan dengan pelayaran minyak dan kerjaku....makin byk aku bercerita makin kuat tanda soal dihatiku ingin tahu..ahh..tanya jer la..hatiku berasa tidak selesa dan terus aku bertanyakan kepada amir dan abg ngah siapakah gerangan gadis yang sedang mengetuk pintu hatiku sekarang...sebelum itu aku berfikir macam2 akan respon yang akan kuterima,,tetapi rupanya respon yang diberi 100% menginginkan aku bersama dengan si dia..uisk aku pun belum pernah melihatnya..tetapi amir n abg ngah beranggapan sudah lama aku mengenali dan bercinta dengan si dia...bertambah2 germbira dan senyuman di wajah ku..banyak story2 lama dan baru yang aku tidak ketahui sama sekali mengenainya..spesel nyer dier ni..takut nye..mcm2 bermain di benak otakkku..sejak dari itu setiap pertemuan aku dgn mereka itulah pertanyaan yang pertama keluar dari mulut mereka sambil2 mengusikku....macam mana?bila?bila nak hantar rombongan..hehe..geli hatiku mendengarnya...

Hari yang mulia pun tiba,alhamdulillah akhirnya dapat juga ku beraya di kampung padahal 2 tahun lepas aku beraya di atas kapal yang mmg membosankan,sedih dan mengalir air mata.Aku akan menggunakan peluang beraya ini dengan sebaiknya..nak makan puas2,nak jumpa semua sedara mara,kawan2 dan harap2 dapat la jumpa si dia....nak jugak tengok muka nya..pada malam kedua hari raya aku diajak oleh amir dan abg ngah untuk beraya ke rumah si dia..isk aku mmg segan dan mmg x berani.tetapi aku teringatkan mesej nor alfisyah dulu,menjemputku kerumah berhari raya..jadi aku menelefonnya dan meminta izin untuk berhari raya dengan harapan dapat mengetahui di mana rumahnya dan yang paling penting dapat menatap wajahnya..makin berdebar hatiku..isk2 mampukah aku melakukannya dan inilah pertama kali aku berkunjung ke rumah kawan perempuan yang tidak kukenali...aku ditemani amir dan abg ngah..mereka mmg berani dan tidak segan silu untuk bersembang dengan ahli keluarganya..aku hanya diam membisu dan menjawab dengan tertib setiap persoalan yang dikotakan kerana mata ku sedang melirik yang mana si dia..makin kuat jantungku berdebar..akhirnya abg ngah mencuit kaki ku..ooo baru ku tahu yang menghangtar air minuamn dan meletakkan di hadapan ku yang bertudung pink berkain batik..aku cuba mencuri peluang untuk melihat dan menatap wajahnya..akhirnya dia duduk disebelah ibunya dan dimasa itulah aku betul2 dapat mengamati wajah2nya yang pemalu...hatiku berkata amboi lawanya,muka yang ayu,sopannya ,matanya melirik manja dan wajah keibuan..aku tertanya2 juga apakah yang bermain di benak hatinya bilamana sudah lama dia tidak pernah melihatku..mgkn hatinya berkata isk gemuknya,dh x ensem mcm dulu,hehe,berlagaknya...mgkn aku silap apa yang kufikirkan....ahli keluarganya amat gembira dan seronok bersembang dengan ku..byk persoalan dari mulut abgnya dan ibunya..tetapi aku terkejut sebentar kerana kusangkakan dan kuharapkan pagar rupanya pagar yang makan padi..amir tiba2 bertanya kepada si dia dan begitu seronok bersoal jawab..isk2 jelesnye...aku akur siapa diriku...hehe..di situlah permulaan cintaku kerana apabila wajahnya dpt kulihat akhirnya hatiku berdebar kencang dan ini kuungkapkan sbg ‘love at first sight’...di sinilah permulaan cintaku kepadanya..hatiku terus berdetik dan berdetik sampai sekarang tidak mengenal waktu,keadaan dan masa.wah begini rasanya cinta sejati..

sedar x sedar hari raya tahun ini mmg hari2 yang paling membuatkan aku sangat sibuk sampai benar2 tidak cukup rehat..mmg kalau diikutkan plan yang diberikan ayahku hampir 90% aku dapat memenuhi permintaannya untuk menziarahi saudara mara...walaupun sibuk tetapi telefon ku tak pernah lekang dari jariku untuk berhubung dan menghantar mesej kepadanya..setiap kali aku sampai kemana2 akan ku updatekan kepadanya..seolah2 dia lah tempat untuk aku mengkhabarkan keadaanku..tetapi mmg si dia seorang yang amat kuharapkan..setiap mesej ku x pernah dia lalai untuk membalasnya..malah dia lebih awal menghantar dan bertanyakan khabar kepadaku..di kala itu si dia juga sedang sibuk berhari raya melayan tetamu yang bertandang ke rumah,pulang berhari raya di kampung abah di taiping,.Mmg sibuk si dia sama seperti ku..

kesibukan berhari raya akhirnya mula beransur tenang apabila seminggu sudah masa berlalu, ejen di uk berkali kali bertanyakan bila aku boleh mula bekerja semula kebetulan pada masa itu ramai consultant sedang bercuti dan job pula semakin banyak sehinggakan aku ditawarkan dengan harga yang tinggi. Sewaktu itu juga aku sudah diberikan lampu hijau untuk ke Manchester dan hanya menunggu tiket penerbangan sahaja.Apa sahaja berita yang kuterima dari ejenku akan ku khabarkan kepada buah hatiku..seolah olah dia juga sedang menunggu job bersamaku. Dua hari sebelum cuti hari raya berakhir dan aku sudah tidak sibuk seperti minggu yang lalu,akhirnya aku bertanyakan kepadanya boleh tak kita keluar dan berjumpa di mana mana,,tetapi itu hanya gurauan dariku sahaja dan bukannya aku begitu berharap kerana keadaan sekeliling agak begitu tidak sesuai untuk aku berjumpa denganya..si dia beranggapan begitu juga kerana perlu meminta keizinan dari ibunya dan abg2 nya.Aku redha dengan apa jua keputusan,akhirnya dia menghantar mesej kepadaku bahawa ibunya membenarkan aku keluar bersamanya keesokan hari..gembira hatiku tidak terkira tetapi kemana ingin ku pergi,,isk2 aku tidak pernah merancang tempat2 yang sesuai untuk kutuju tetapi matlamatku yang sebenar adalah untuk membeli travel bag.Seawal pukul 8 pagi aku terus memacu kereta kerumahnya dengan hati yang penuh gembira dan berdebar2.kusangkakan sudah lewat dan si dia sedang menungguku rupanya aku terpaksa memandu perlahan menunggu si dia sedang berkemas..mungkin letih berhari raya masih belum pulih sepenuhnya..terus kuterbayang bagaimana wajahnya di siang hari di pagi yang segar dan ceria..akhirnya dia masuk ke mobilku dengan memberi salam disulami dengan senyuman yang manis dan sifatnya yang pemalu..suaranya semerdu buluh perindu begitu menggetarkan jiwaku..debaran di dadaku semakin kuat kerana inilah pertama kali seorang awek duduk disebelahku di dalam kereta ..aku mencuri peluang untuk melihat dengan jelas wajahnya walaupun malu untuk bertentang mata tetapi wajahnya terus memikat hatiku.Terus ku memecut kereta segera meninggal kan pengkalan hulu..sambil memandu aku dan dia masing2 bertanya kemana halatuju dan dimana untuk mencari beg..hanya 2 tempat sahaja berdekatan yang menjual peralatan untuk ke luar negeri..pilihan ku untuk ke Queensbay Mall tepat dan disokong olehnya,tetapi agak jauh dan mengambil masa berjam disebabkan jalan penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu2 menuju ke tempat kerja..Aku tidak begitu focus kepada pemanduan kerana disibukkan dengan pertanyaan dan jawapan di antara aku dan dia.Maklumla inilah pertama kali aku bersemuka dengannya kerana dari segi sejarah sewaktu persekolahan dulu dia lebih mengenali dan mengingatiku.Sedang rancak berbual sedar tak sedar rupanya kami sudah melewati jambatan PP..hanya beberapa minit lagi akan sampai tetapi masih terlalu awal dan kedai2 pun masih belum dibuka jadi aku mengambil keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu.sekali lagi kami merancakkan perbualan..bermacam2 soalan yang keluar dan semakin menghiburkan..Disitulah aku dapat menatap wajahnya dan mengfokuskan mataku dengan lebih jitu dan persis kearahnya..tetapi dia senyum dan sifat malunya terus terserlah..mmg dia seorang yang solehah dan ini yang kucari.hatiku berdegup kencang..cintaku sudah semakin berputik dan aku berperasaan ingin sekali hidup bersamanya..tetapi adakah perasaannya sama sepertiku..malunya kalau ditika itu aku melafazkan ayat2 cinta terhadapnya..tetapi aku tahu semua yang berlaku adalah ketentuan dari allah..hatiku bertanya kembali,kenapa dari dulu aku tidak pernah mengenali,bercinta dan berkahwin dengannya..jika allah mengizinkan,mungkin sekarang sudah jauh perjalananku bersamanya..lamunanku tersentak bilamana tujuan utamaku untuk membeli beg belum tercapai…dipendekkan cerita aku berjaya mendapatkan sebuah beg berkat dari pencarian aku bersamanya....perjalanan pulang sekali lagi kami rancak bercerita,banyak kisah2 silam yang tidak pernah ku dengari sebelum ini..si dia memang seorang yang bijak dan memorinya cukup tinggi kerana setiap apa yang diceritakannya agak detail dan memberikan maksud yang mendalam. Sedang asyik bercerita,sedar x sedar rupanya sudah melepasi highway dan semakin dekat ke destinasi.Aku berasa begitu cepat masa berlalu dan tidak puas bersamanya..kenapa masa berlalu begitu cepat dan bila lagi aku boleh bersamanya seperti ini,adakah dia akan keluar bersamaku lagi,apakah perasaannya sekarang dan apa yang bermain di benak hatinya, bermacam2 kufikirkan sambil ku mencuri pandang ke wajahnya yang ayu..aku sedar bahawa aku tidak boleh terburu2 dan harus sabar kerana jikalau si dia sudah ditakdirkan menjadi jodohku tidak akan lari gunung di kejar..apa yang boleh kusimpulkan bila seharian bersamanya hatiku begitu gembira sekali dan seolah2 sudah ada satu agenda baru dalam hidupku yang harusku pupuk dan kubelai menjadi lebih bermakna dalam hidupku...sekali lagi ingin ku ucap terima kasih kerana sudi menemaniku walaupun tujuaan asal bukannya satu perancangan yang teliti..(sori yang,ngantuk sgt2..pendek sgt)

No comments: